Set Catur Gajah

Set Catur Gajah

Set Catur Gajah 

بسم الله الرحمن الرحيم 

Catur Gajah atau Main Gajah merupakan salah satu dari Catur Melayu. Permainan ini telah lama wujud jauh sebelum kedatangan penjajah Barat.

Zaman Kesultanan Melayu Melaka, terdapat dua tokoh yang pakar bermain Catur Gajah iaitu Tun Bahara dan Tun Pekerma.

Bangsa Melayu seiring dengan bangsa-bangsa timur yang lain, lebih dahulu mengenali permainan ini berbanding bangsa Eropah yang memperkenalkan catur moden.

Walaupun permainan Catur Gajah hampir menyamai permainan Shatranj (catur dunia Islam) dan catur moden, namun Catur Gajah ada peraturan tersendiri yang membezakannya dengan catur-catur lain. Tapak permainannya juga berbeza.

Namun sayangnya, permainan Catur Gajah hampir pupus pada pertengahan abad ke-20.

Dengan ini, pengkaji berusaha untuk menaikkan kembali permainan ini supaya tidak hilang ditelan zaman dengan mengeluarkan set Catur Melayu (edisi Catur Gajah).

Apa yang terkandung dalam set Catur Gajah?

1) Buah catur yang diperbuat dari kayu.

2) Uncang unik tempat menyimpan buah catur

3) Tapak permainan Catur Gajah yang turut disertakan penerangan tentang buah dan cara permainan

4) Video QR demontrasi dan penerangan tentang cara permainan Catur Gajah.

5) Buku Catur Melayu berasaskan kajian lebih dari 6 tahun

Manuskrip Senjata Melayu

Manuskrip Senjata Melayu

MANUSKRIP SENJATA MELAYU 

Buku ini mengandungi kajian tentang satu salinan manuskrip berkaitan senjata-senjata Melayu yang pernah dimiliki oleh Kesultanan Terengganu dari zaman Sultan Zainal Abidin I hingga Sulan Sulaiman Badrul Alam Shah. 

Kajian yang dilakukan adalah merangkumi alih aksara dan huraian kandungan manuskrip tersebut. 

Pengkaji mendapati banyak perkara menarik yang terkandung dalam manuskrip ini antaranya ialah sejarah senjata-senjata, jumlah jenis besi yang ditempa, lakaran senjata-senjata, maklumat tentang pandai besi dan amalan rohani pandai besi. 

Sehubungan itu, buku ini dapat menambahkan lagi koleksi-koleksi ilmu pengetahuan tentang senjata Melayu.

Nasihat Al-Muslimin Wa Tazkirat Al-Mukminin: Kitab Pembakar Semangat Jihad Menentang Penjajah di Alam Melayu

NASIHAT AL-MUSLIMIN WA TAZKIRAT AL-MUKMININ : KITAB PEMBAKAR SEMANGAT JIHAD MENENTANG PENJAJAH DI ALAM MELAYU

Kitab pembakar semangat jihad menentang penjajah di Alam Melayu ini merupakan transliterasi dan terjemahan dua buah manuskrip karya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani iaitu Nasihat lil Muslimin wa Tazkirat li Mukminin fi Bayan Fadhl al-Mujahidin fi Sabilillah wa Ahkam al-Jihad fi Sabilillah Rabb al-’Alamin (Naskah MSS 3770 koleksi Perpustakaan Negara Malaysia) dan Nasihat al-Muslimin wa Tazkirat al-Mukminin fi Fadha’il al-Jihad fi Sabilillah wa Karamat al-Mujahidin fi Sabilillah (Naskah A 209 koleksi Perpustakaan Nasional Republik Indonesia). 

Kedua-dua karya penulisan jihad oleh ulama Melayu yang ulung iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falimbani ini telah menjadi kitab penting dalam bagi pejuang-pejuang di Alam Melayu dalam usaha mereka berjuang menentang penjajah Tanah Air. 

Penghasilan kitab ini berjaya menaikkan semangat umat Islam di Alam Melayu untuk bangkit menentang penjajah seterusnya mencetus fenomena terhadap kebangkitan gerakan jihad menentang penjajah di Alam Melayu khususnya di Palembang, Kedah dan Aceh.

Buku Catur Melayu

Buku Catur Melayu

CATUR MELAYU
KHazanah Warisan Permainan Tradisional Alam Melayu

Catur Melayu merupakan sebuah permainan tradisional yang telah lama menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di Alam Melayu, dengan kewujudannya yang dapat dikesan sejak ribuan tahun lalu, sekurang-kurangnya sejak zaman Kedah Tua, dan berterusan sehingga awal abad ke-20.

Namun, permainan ini semakin dilupakan dan hampir lenyap dari ingatan masyarakat. Menyedari kepentingan warisan ini, Dr. Hasanuddin Yusof, pengasas Maktab Penyelidikan Tamadun Alam Melayu, telah menjalankan kajian mendalam mengenai Catur Melayu serta mengambil inisiatif untuk menghidupkan semula permainan ini agar tidak luput ditelan zaman. 

Hasil kajian beliau turut mendedahkan kewujudan 16 jenis permainan papan tradisional yang suatu ketika dahulu menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat di Alam Melayu, namun kini hampir pupus.

Sebagai usaha untuk memperkenalkan semula warisan ini, satu set khas Catur Melayu telah dihasilkan, merangkumi:

1️⃣ Buku Catur Melayu – Mengupas sejarah dan falsafah Catur Melayu serta memperincikan 16 permainan papan tradisional seperti Catur Perang, Catur Harimau, Catur Gajah, dan lain-lain, termasuk panduan cara bermainnya.

2️⃣ Set Permainan – Merangkumi papan permainan serta buah catur bagi lima jenis permainan papan warisan Alam Melayu, iaitu Catur Perang, Catur Harimau, Catur Jawa, Mul-mulan, dan Catur Sembilan.

3️⃣ Kod QR Video Interaktif – Menyediakan dokumentari eksklusif mengenai Catur Melayu serta panduan permainan bagi Catur Perang, Catur Harimau, Catur Jawa, Mul-mulan, dan Catur Sembilan bagi memudahkan pemahaman dan pembelajaran.

Inisiatif ini bukan sekadar usaha pemeliharaan warisan budaya, tetapi juga satu langkah signifikan dalam mengangkat kembali permainan tradisional Alam Melayu agar terus dikenali dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Catur Melayu

Catur Melayu

CATUR MELAYU
Khazanah Warisan Permainan Tradisional Alam Melayu

Catur Melayu Kombo Set

Loading...