Manuskrip Senjata Melayu
Manuskrip Senjata Melayu
MANUSKRIP SENJATA MELAYU
Buku ini mengandungi kajian tentang satu salinan manuskrip berkaitan senjata-senjata Melayu yang pernah dimiliki oleh Kesultanan Terengganu dari zaman Sultan Zainal Abidin I hingga Sulan Sulaiman Badrul Alam Shah.
Kajian yang dilakukan adalah merangkumi alih aksara dan huraian kandungan manuskrip tersebut.
Pengkaji mendapati banyak perkara menarik yang terkandung dalam manuskrip ini antaranya ialah sejarah senjata-senjata, jumlah jenis besi yang ditempa, lakaran senjata-senjata, maklumat tentang pandai besi dan amalan rohani pandai besi.
Sehubungan itu, buku ini dapat menambahkan lagi koleksi-koleksi ilmu pengetahuan tentang senjata Melayu.