Nasihat Al-Muslimin Wa Tazkirat Al-Mukminin: Kitab Pembakar Semangat Jihad Menentang Penjajah di Alam Melayu
Nasihat Al-Muslimin Wa Tazkirat Al-Mukminin: Kitab Pembakar Semangat Jihad Menentang Penjajah di Alam Melayu
NASIHAT AL-MUSLIMIN WA TAZKIRAT AL-MUKMININ : KITAB PEMBAKAR SEMANGAT JIHAD MENENTANG PENJAJAH DI ALAM MELAYU
Kitab pembakar semangat jihad menentang penjajah di Alam Melayu ini merupakan transliterasi dan terjemahan dua buah manuskrip karya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani iaitu Nasihat lil Muslimin wa Tazkirat li Mukminin fi Bayan Fadhl al-Mujahidin fi Sabilillah wa Ahkam al-Jihad fi Sabilillah Rabb al-’Alamin (Naskah MSS 3770 koleksi Perpustakaan Negara Malaysia) dan Nasihat al-Muslimin wa Tazkirat al-Mukminin fi Fadha’il al-Jihad fi Sabilillah wa Karamat al-Mujahidin fi Sabilillah (Naskah A 209 koleksi Perpustakaan Nasional Republik Indonesia).
Kedua-dua karya penulisan jihad oleh ulama Melayu yang ulung iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falimbani ini telah menjadi kitab penting dalam bagi pejuang-pejuang di Alam Melayu dalam usaha mereka berjuang menentang penjajah Tanah Air.
Penghasilan kitab ini berjaya menaikkan semangat umat Islam di Alam Melayu untuk bangkit menentang penjajah seterusnya mencetus fenomena terhadap kebangkitan gerakan jihad menentang penjajah di Alam Melayu khususnya di Palembang, Kedah dan Aceh.